Saturday 12 November 2011

Depth of Field - Buah Makisar

Sebenarnya saje nak tunjuk buah makisar ni. First time makan buah ini, rasa macam kordial oren pun ada. tapi memang sedap. Credit to Ubaidillah and tunang dia, sebab bawak balik buah ni.

sebelum di potong


Selepas di potong
Lihat pada buah kat atas ni, gambar buah lebih nampak dan menonjol apabila gambar lebih fokus pada buah dan sekeliling nya menjadi kabur. Ini antara kepentingan depth of field (DoF) iaitu menonjolkan sesuatu yang nak kita tunjuk dalam gambar. Ia jugak dapat mengukur ketajaman gambar yang ditangkap. Selalu nya DoF di gunakan dalam gambar potret dan juga flora. Untuk mendapatkan DoF yang terbaik, beberapa criteria perlu ada:

  1. Aperture-aperture yang rendah ataupun luas pembukaan lens yang lebar, memberi DoF yang baik. Untuk praktikalnya, tetapkan tak pun dalam bahasa sains nya "pembolehubah yang dimalarkan": Jarak fokus dan panjang tumpuan(focal length). Pembolehubah yang di manipulasikan (ubahkan) aperture sahaja. So, perbezaan gambar akan dapat dilihat
  2. Jarak subjek-Bila jarak photographer dan juga subjek dekat, DoF mudah untuk dilakukan.
  3. Jarak Tumpuan(Focal length)- Sekiranya jarak objek yang ditangkap jauh, gambar sekeliling jadi lebih besar, DoF akan jadi kurang. Untuk mendapatkan DoF yang baik, subjek perlulah di 'zoom' lebih dekat, DoF akan meningkat.
DoF sangat penting dalam menjadikan gambar kita sesuatu yang kreatif.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...