Saturday, 26 May 2012

Jalan-Jalan Cari Makan: Okonomiyaki (Makanan Jepun)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kali ini, jalan-jalan cari makan versi KacaLensa ingin memperkenalkan makanan Negara Jepun, iaitu "OKONOMIYAKI". Makanan agak menarik perhatian aku, sebab aku selalu sangat tengok dalam cerita anime dan drama Jepun. Maksud makanan ni, "Okonomi" bermaksud apa yang kamu suka atau apa yang kamu mahu, "Yaki" bermaksud masak ataupun grill. So apa-apa yang korang baca kat kedai makan jepun, ada tulis Yaki 2, maksud dia makanan grill la 2.. Benda ni lebih kurang ala-ala pizza la, cuma versi makanan Jepun.
Macam sedap je kan. Lalu kali pertama, biar je la dulu, tapi dalam kepala duk teringat-ingat makanan ni. Nak tak nak, kena cuba rasa gak la. Kalau tak, menyesal.

OKONOMIYAKI...
Gambar atas ni aku snap menggunakan pencahayaan belakang, jadi nampak la berkilat yang menaikkan seri makanan ni lagi. Jadi, berbalik pada cerita nak beli makanan ni tadi, nak beli pikir halal haram gak kan, kalau was-was, jatuh haram terus. Jadi selidik la makanan ni untuk kepastian isi kandungan nyer, tanyer pada promoter melayu, orang pantai timur rasa nyer daripada loghat dia cakap, promoter ni pun cakap,"bla bla bla bla..." Ok la, konfem halal. 100%..

Korang mesti terpikir apa isi kandungan makanan ni, menurut promoter melayu 2, Okonomiyaki ni terbahagi beberapa benda iaitu adunan, kubis, dan daging(selalunyer sotong dan udang). Adunan dia lak campuran daripada air, tepung, telur dan cheese. Benda-benda ni, di campur dengan kubis and daging, sambil di masak di atas kuali leper. Bila dah masak, dia letak cheese atas dia.Hasil nyer jadi la OKONOMIYAKI.

Credit to: japan-guide photo

**peringatan yer, kalau nak beli makanan jepun, cari promoter melayu dan Islam untuk selidik pasal makanan, jangan main balun jer yer. Sebab setengah tempat, tak sama ingredient yang digunakan. Jadi berhati-hati dalam memilih makanan.

Sekian untuk kali ini..Selamat mencuba
Kalau korang suka, sila like blog page KacaLensa..^^

Tuesday, 22 May 2012

Jalan-Jalan Cari Makan: Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Jalan-jalan cari makan untuk kali pertama nya, pergi ke Pantai Jeram, Kuala Selangor. Kawasan pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda kerana keadaan air yang kotor, atau lebih dikenala sebagai pantai jerlus/lumpur.Namun begitu, keadaan di pantai ini sangat meriah dengan penjual barang-barang makanan mentah seperti siput sedut, kerang, lala, kepah, begitu juga kedai-kedai makanan yang menjual makanan yang enak-enak segala macam seafood seperti kerang bakar. Kawasan permainan layang-layang yang agak best dengan bantuan angin yang tidak pernah putus. 

Apa-apa pun tujuan utama ke pantai jeram ini untuk mencuba kesedapan makanan yang ada di sini.

Credit to: mamanotangry.blogspot.com

Papan tanda ini menjadi tempat di tuju. Tempat makan ini menjadi tempat utama berdasarkan review banyak blog yang recomend kan tempat makanan ini. 

First impression pada tempat makan ini:

  1. Ok la..luas banyak tempat duduk boleh pilih.
  2. Pilihan makan banyak, macam-macam jenis ikan ada..
  3. Fasiliti tempat ni, kira tiptop, ade surau yang agak luas.. sesuai untuk berjamaah di sana..
  4. Servis ok. agak pantas gak la. mungkin sebab kitorang datang awal
Makanan seafood pilihan kitorang, Pasal makanan untuk dua orang jer, jadi pilih pun sikit jer. Selalu kalau orang makan seafood mesti pilih benda-benda ni. Sotong, Ikan siakap, kerang. Memang rutin bagi penggemar makanan laut la. Tengok jer jenis makanan, memang dah tahu nak masak ape dengan seafood tu. Gambar-gambar di bawah ni snap sendiri..^^

Siakap Sweet Sour. Kuah dia leh tahan sedap, cume bila sampai kat meja, lauk ni sejuk, jadi potong sedikit mood nak makan



Sotong goreng tepung. Makanan yang ini agak sedap bagi aku

Kerang bakar Pantai Remis. Kerang bakar ni beli kat tempat lain sebab tak de stok kerang bakar kat medan ikan bakar pantai jeram.

Kailan ikan masin. Bagi kitorang tidak berapa best, tapi still leh habis
Selain makanan di atas, kitorang amik gak tomyam seafood, untuk jadikan kuah pada nasi kitorang yang agak kering. Minuman lak jus tembikai dan jus orange. tp tak tau kenapa jus orange dia masam sangat, tapi kitorang tibai gak. Apa pun jus memang masam sebab customer meja sebelah pun complain, satu jug jus orange masam, servis dia ok, terus amik air tu, bawak masuk dapur.  tak tau la, tambah gula atau tukar baru. Jadi total semua sekali yang perlu kitorang bayar makanan di atas campur jus orange, jus tembikai dan tomyam seafood adalah RM43 dan kerang bakar beli tempat lain berharga rm5.


Yang atas ni, adalah pemandangan tepi tempat kitorang makan, ada la nelayan yang kuar petang-petang ke kelong di hadapan pantai ni.

Penilaian makanan

Makanan bagi aku ok, cume sejuk bila sampai meja. Selalu nya panas baru deria rasa berfungsi 100%. Harga agak berpatutan jugak la. Daripada 5 bintang just bagi 3 setengah bintang sahaja.

Untuk fasiliti pulak, ok dan tiptop. Tv berfungsi, meja makan yang panjang dan pendek, sesuai untuk keluarga dan event, surau yang terjaga dan luas, pemandangan yang agak cantik kalau kena pada cuaca dan masa.  Daripada 5 bintang bagi 4 setengah bintang.

So, siapa-siapa nak rasa seafood leh datang ke sini, MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM, KUALA SELANGOR.

Saturday, 17 March 2012

Close up Photography

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...

Kian lama tak update blog, hari ni baru berkesempatan. bukan apa, sibuk dengan kerja harian.
Hari ini nak bercerita pasal CLOSE UP... Close up ni macro photography(kalau silap, tolong betul kan yer..^^).. So, di sebabkan aku tak mempunyai cukup bajet untuk beli lens close up, so ak amik inisiatif laen. Aku beli filter close up +8.

Bila nak beli ni, kena la test dulu. Aku pun test la filter ni. hasil nyer, memang boleh tahan. Harga pun leh tahan, dan mampu milik untuk student macam aku ni. Harga sebenar rm178, tapi sebabkan aku beli skali dengan kamera orang tersayang, dia bagi murah, sampai RM80. Ni yang wat aku musykil, agak-agak berapa la harga filter ni bila sampai kat kedai ni. Tapi xkesah la. Kalau ikut kan, ade bende lagi bagus, raynox dcr-250, tapi, harga xmampu milik, so beli filter jer la. so tengok hasil nyer, toy yang di sedia kan untuk try barang yang kita nak beli. Toys ni agak kecik, tapi, bila pakai filter close up ni, inilah hasil nyer..


Sedikit tips...yang aku perasaan bila nak wat close up photography.

  1. Kalau nak beli filter close up, pasti kan focus lens korang laju. So, bila focus laju, nak snap senang dan gambar tak kan jadi blur.
  2. Kalau korang nak beli close up lens, nampak sangat korang kaya kecuali korang juz main close up je ari-ari, sia-sia dan membazir kalau korang beli satu function lens, kalau korang juz guna jarang-jarang.
  3. Ape pun, jangan terlalu taksub nak tambah lens, cari pendekatan yang murah dan berkualiti, supaya tak membazir dan sia-sia...
Sekian...


  

Wednesday, 11 January 2012

Panorama Photography

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Panorama??
Apa yang korang tahu pasal panorama photography.  Kalau korang baca maksud panorama dalam wiki, panorama adalah 180 degree wide angle view melalui photography, lukisan dan macam2 lagi..korang leh google cari kat internet. senang nak cari maksud nyer. 


Sunday, 1 January 2012

Macam mana nak Snap Bunga Api

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sekian lama aku tak update blog ni. 3 minggu kot. lame giler. Sementara ade idea ni, aku update la kejap. Asal ade jer la.


Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday #4

Sunset

Wednesday, 30 November 2011

Manusia Perlu Pandai???

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera



            Kenapa manusia kena pandai? Apa yang aku maksud kan? Bukan pandai menipu, bukan pandai mencuri, bukan pandai mengumpat. Maksud aku pandai menggunakan peluang. Kita sering kali berhadapan dengan peluang, bak kata lecturer techno-entrepreneurship aku,"Open Opportunity
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...