Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Kenapa manusia kena pandai? Apa yang aku maksud kan? Bukan pandai menipu, bukan pandai mencuri, bukan pandai mengumpat. Maksud aku pandai menggunakan peluang. Kita sering kali berhadapan dengan peluang, bak kata lecturer techno-entrepreneurship aku,"Open Opportunity
and Close Opportunity perlu ditangkap, sekali terlepas susah peluang datang kembali"..tp aku tak study subjek ni, so tak dapat markah tinggi.. Peluang tak semestinya yang kita cari, yang kita target sekian lama.. Peluang kadang-kadang hadir tanpa kita sangka.
and Close Opportunity perlu ditangkap, sekali terlepas susah peluang datang kembali"..tp aku tak study subjek ni, so tak dapat markah tinggi.. Peluang tak semestinya yang kita cari, yang kita target sekian lama.. Peluang kadang-kadang hadir tanpa kita sangka.
Mesti ramai yang membaca bagaimana kebanyakan usahawan berjaya, kebanyakannya bermula dengan minat. Mungkin korang pernah dengar usahawan berpendidikan SPM sahaja cakap macam ni,"Saya pun tak sangka, sebenarnya saya minat bela arnab ni, tapi rezeki dari Allah, haiwan ni beranak pinak, saya gunakan PELUANG ini untuk berniaga". Di sini anda boleh lihat, peluang datang secara tiba-tiba tanpa di sangka.Peluang boleh datang pada sesiapa sahaja, andai kata anda seorag pemegang ijazah tetapi anda TIDAK PANDAI mencari dan menggunakan peluang, jadi sia-sia sahaja ijazah anda.
Bagi pengguna yang membeli barang seperti barangan digital, kebanyakannya mempunyai club sendiri. Contohnya, aku ada membeli kamera nikon, pada mula nya aku sendiri anggap nikon club ni buang masa je, tapi kalau difikirkan semula, banyak manfaat yang di beri, contohnya photoworkshop sangat bermanfaat, bayaran yang dikenakan tidaklah semahal kebanyakan seminar, sebab benda ni untuk ahli kelab nya sendiri. Jadi cuba anda fikir-fikirkan apa peluang yang ada disekeliling anda. Mungkin anda boleh membaiki motorsikal, tidak salah anda membaiki secara kecil-kecilan dihadapan rumah atau anda minat menangkap gambar, tidak salah anda pergi ke tadika-tadika, bertanyakan untuk khidmat tangkap gambar dengan bayaran yang murah. Saya sendiri berpegang dengan ayat ini,"Kejayaan bermula dari pada asas/akarnya". Biar bermula kecil-kecilan dan murah, kerana kita nak orang kenal kita dahulu, sebelum timbul rasa percaya di antara kita. Oleh itu, insyaAllah peluang akan terbuka dengan lebih luas dan ambillah peluang tersebut tanpa segan dan silu.
Sekian..
1 comment:
waa, dah pandai tulis panjang panjang!!
terbaek la!!:)
Post a Comment