Tuesday 22 May 2012

Jalan-Jalan Cari Makan: Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Jalan-jalan cari makan untuk kali pertama nya, pergi ke Pantai Jeram, Kuala Selangor. Kawasan pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda kerana keadaan air yang kotor, atau lebih dikenala sebagai pantai jerlus/lumpur.Namun begitu, keadaan di pantai ini sangat meriah dengan penjual barang-barang makanan mentah seperti siput sedut, kerang, lala, kepah, begitu juga kedai-kedai makanan yang menjual makanan yang enak-enak segala macam seafood seperti kerang bakar. Kawasan permainan layang-layang yang agak best dengan bantuan angin yang tidak pernah putus. 

Apa-apa pun tujuan utama ke pantai jeram ini untuk mencuba kesedapan makanan yang ada di sini.

Credit to: mamanotangry.blogspot.com

Papan tanda ini menjadi tempat di tuju. Tempat makan ini menjadi tempat utama berdasarkan review banyak blog yang recomend kan tempat makanan ini. 

First impression pada tempat makan ini:

  1. Ok la..luas banyak tempat duduk boleh pilih.
  2. Pilihan makan banyak, macam-macam jenis ikan ada..
  3. Fasiliti tempat ni, kira tiptop, ade surau yang agak luas.. sesuai untuk berjamaah di sana..
  4. Servis ok. agak pantas gak la. mungkin sebab kitorang datang awal
Makanan seafood pilihan kitorang, Pasal makanan untuk dua orang jer, jadi pilih pun sikit jer. Selalu kalau orang makan seafood mesti pilih benda-benda ni. Sotong, Ikan siakap, kerang. Memang rutin bagi penggemar makanan laut la. Tengok jer jenis makanan, memang dah tahu nak masak ape dengan seafood tu. Gambar-gambar di bawah ni snap sendiri..^^

Siakap Sweet Sour. Kuah dia leh tahan sedap, cume bila sampai kat meja, lauk ni sejuk, jadi potong sedikit mood nak makan



Sotong goreng tepung. Makanan yang ini agak sedap bagi aku

Kerang bakar Pantai Remis. Kerang bakar ni beli kat tempat lain sebab tak de stok kerang bakar kat medan ikan bakar pantai jeram.

Kailan ikan masin. Bagi kitorang tidak berapa best, tapi still leh habis
Selain makanan di atas, kitorang amik gak tomyam seafood, untuk jadikan kuah pada nasi kitorang yang agak kering. Minuman lak jus tembikai dan jus orange. tp tak tau kenapa jus orange dia masam sangat, tapi kitorang tibai gak. Apa pun jus memang masam sebab customer meja sebelah pun complain, satu jug jus orange masam, servis dia ok, terus amik air tu, bawak masuk dapur.  tak tau la, tambah gula atau tukar baru. Jadi total semua sekali yang perlu kitorang bayar makanan di atas campur jus orange, jus tembikai dan tomyam seafood adalah RM43 dan kerang bakar beli tempat lain berharga rm5.


Yang atas ni, adalah pemandangan tepi tempat kitorang makan, ada la nelayan yang kuar petang-petang ke kelong di hadapan pantai ni.

Penilaian makanan

Makanan bagi aku ok, cume sejuk bila sampai meja. Selalu nya panas baru deria rasa berfungsi 100%. Harga agak berpatutan jugak la. Daripada 5 bintang just bagi 3 setengah bintang sahaja.

Untuk fasiliti pulak, ok dan tiptop. Tv berfungsi, meja makan yang panjang dan pendek, sesuai untuk keluarga dan event, surau yang terjaga dan luas, pemandangan yang agak cantik kalau kena pada cuaca dan masa.  Daripada 5 bintang bagi 4 setengah bintang.

So, siapa-siapa nak rasa seafood leh datang ke sini, MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM, KUALA SELANGOR.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...