Sunday, 1 January 2012

Macam mana nak Snap Bunga Api

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sekian lama aku tak update blog ni. 3 minggu kot. lame giler. Sementara ade idea ni, aku update la kejap. Asal ade jer la.




Semalam aku bertungkus lumus baca blog-blog pasal photography. aku cari pasal macam mana nak tangkap gambar bunga api. terutama sekali masa New Year. Dalam Islam, ade hukum cakap haram sambut New Year Masihi ni, Ade hukum cakap harus, asal kan takde maksiat. Bagi aku, asal aku pegi dengan niat demi belajar sesuatu , jadi xde masalah untuk ini.

Untuk mendapat kan gambar yang lawa, kene pandai anggar jarak berdasarkan lens yang kita guna, macam aku, aku guna lens standard, 18-55mm. jadi takleh terlalu jauh, xleh terlalu dekat. Pandai-pandai la. hahaha.
Kebanyakan blog yang aku baca, diorang recommend pakai ISO 100, F11 dan exposure 4-6sec. Ade yang cadang pakai  exposure 2 sec or 8sec. Ikut keadaan gak, kalau bunga api 2 satu-satu, leh la pakai 8 sec, kalau banyak bunga api dalam satu masa aku cadang kan pakai 4-6sec. kalau pakai exposure lame, akan jadi over expose dan juga serabut. seriusly aku dah cuba.

Setting pada camera lak, mesti lah menggunakan manual setting dan manual focus.jangan nak ngada-ngada pakai auto. Nanti xjadi ape yang nak snap lak. Kalau korang ade shutter release cord/ remote, adalah satu advantage sebab lagi senang korng nak lock snap gambar. Selain 2, kalau nak snap, kene peka degan keadaan, sebab benda ni sekejap, kalau terlepas, xdapat dah. Tunggu tahun depan jer la..hihiihi

Ni la hasil2 yang aku dapat.


Selamat mencuba kawan-kawan.

3 comments:

tarmizishukri said...

nice :)

iqbal said...

thanx bro...blaja byk dr blog bro..nice info from there...^^

Korean Style Online said...

Hi..You really have a nice blog.. keep up a good work..feel free come to my blog  korean fashion have a nice day...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...