Saturday 26 May 2012

Jalan-Jalan Cari Makan: Okonomiyaki (Makanan Jepun)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kali ini, jalan-jalan cari makan versi KacaLensa ingin memperkenalkan makanan Negara Jepun, iaitu "OKONOMIYAKI". Makanan agak menarik perhatian aku, sebab aku selalu sangat tengok dalam cerita anime dan drama Jepun. Maksud makanan ni, "Okonomi" bermaksud apa yang kamu suka atau apa yang kamu mahu, "Yaki" bermaksud masak ataupun grill. So apa-apa yang korang baca kat kedai makan jepun, ada tulis Yaki 2, maksud dia makanan grill la 2.. Benda ni lebih kurang ala-ala pizza la, cuma versi makanan Jepun.
Macam sedap je kan. Lalu kali pertama, biar je la dulu, tapi dalam kepala duk teringat-ingat makanan ni. Nak tak nak, kena cuba rasa gak la. Kalau tak, menyesal.

OKONOMIYAKI...
Gambar atas ni aku snap menggunakan pencahayaan belakang, jadi nampak la berkilat yang menaikkan seri makanan ni lagi. Jadi, berbalik pada cerita nak beli makanan ni tadi, nak beli pikir halal haram gak kan, kalau was-was, jatuh haram terus. Jadi selidik la makanan ni untuk kepastian isi kandungan nyer, tanyer pada promoter melayu, orang pantai timur rasa nyer daripada loghat dia cakap, promoter ni pun cakap,"bla bla bla bla..." Ok la, konfem halal. 100%..

Korang mesti terpikir apa isi kandungan makanan ni, menurut promoter melayu 2, Okonomiyaki ni terbahagi beberapa benda iaitu adunan, kubis, dan daging(selalunyer sotong dan udang). Adunan dia lak campuran daripada air, tepung, telur dan cheese. Benda-benda ni, di campur dengan kubis and daging, sambil di masak di atas kuali leper. Bila dah masak, dia letak cheese atas dia.Hasil nyer jadi la OKONOMIYAKI.

Credit to: japan-guide photo

**peringatan yer, kalau nak beli makanan jepun, cari promoter melayu dan Islam untuk selidik pasal makanan, jangan main balun jer yer. Sebab setengah tempat, tak sama ingredient yang digunakan. Jadi berhati-hati dalam memilih makanan.

Sekian untuk kali ini..Selamat mencuba
Kalau korang suka, sila like blog page KacaLensa..^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...